Ali
bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan
Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu
berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang
telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali
kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah SAW bersabda, 'Silahkan bertanya.'
Berkata
orang Yahudi, 'Coba terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh
Allah ke atas umatmu.'
Sabda
Rasullullah saw, 'Shalat Zuhur jika
tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Shalat
Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Shalat Maghrib
itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang
bershalat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada
Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Shalat Isyak itu ialah
shalat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Shalat Subuh adalah sebelum
terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan diperoleh oleh orang yang shalat.'
Rasullullah
SAW bersabda, 'Jagalah waktu-waktu shalat terutama shalat yang pertengahan.
Shalat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang
mengerjakan shalat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya uap api neraka
Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda
Rasullullah saw lagi, 'Manakala shalat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s.
memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan shalat Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat
yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu shalat terutama sekali shalat yang
pertengahan. Shalat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s.
diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan shalat Maghrib kemudian
meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda
Rasullullah saw, 'Shalat Isya’ (atamah).
Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka
seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
shalat Isyak berjamaah, Allah S.W.T haramkan dirinya daripada terkena nyala api
neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda
Rasullullah saw seterusnya, 'Shalat Subuh pula, seseorang mukmin yang
mengerjakan shalat Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya
oleh Allah S.W.T dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka
berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini
katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah S.W.T mewajibkan puasa 30 hari
ke atas umatmu?'
Sabda
Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang,
lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian
Allah S.W.T mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari.
Sementara diizin makan di waktu malam itu
adalah sebagai kurnia Allah S.W.T kepada makhluk-Nya.'
Kata
orang Yahudi lagi, 'Wahai Muhammad,
memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai
ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang
berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T, dia akan
diberikan oleh Allah S.W.T 7 perkara:
1.
Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh
daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan
dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa
yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada
hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7. Allah S.W.T akan memberinya kemudian di
syurga.'
Kata
orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi
menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap
menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di
hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan
Allah).'
Sedikit
peringatan untuk kita semua: "Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)